Semua ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah agensi kerajaan diarah batal cuti  - Utusan Malaysia

Semua ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah agensi kerajaan diarah batal cuti 

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan atau agensi kerajaan diarah membatalkan cuti masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan sedemikian kepada anggota Kabinet dan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara pulang segera.

“Ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mahu kesemua ahli Kabinet sentiasa bersama rakyat yang sedang menghadapi bencana banjir pada waktu ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya.

Bencana banjir yang berlaku memusnahkan bandar-bandar utama termasuk Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat serta beberapa negeri lain telah mengakibatkan jumlah kematian mencecah 40 orang.

Pemimpin politik Persekutuan dan negeri dikecam masyarakat kerana didakwa gagal menggerakkan usaha pemindahan dengan lebih awal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya