Semua gajah di pusat konservasi di Pahang selamat - Utusan Malaysia

Semua gajah di pusat konservasi di Pahang selamat

SEORANG petugas PKGK menyantuni seekor anak gajah yang dipelihara di pusat konservasi itu ketika banjir melanda sekitar kawasan. – Foto ihsan Perhilitan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memberi jaminan bahawa Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Pahang masih selamat.

Ia susulan bencana banjir besar  di sekitar Kuala Gandah yang menempatkan premis pemuliharaan haiwan itu dekat Lanchang dalam Daerah Temerloh sejak semalam.

“Semua gajah denak dan anak gajah yang ada di situ telah pun selamat dipindahkan segera ke tempat lebih tinggi berdekatan PKGK,” kata agensi itu menerusi kenyataan di sini.

Perhilitan memaklumkan bahawa tinjauan di lokasi kejadian memang mendapati paras air dari sungai berhampiran telah naik hingga ke kawasan tempat letak kenderaan di pusat itu, bagaimanapun, kesemua kakitangan PKGK disahkan selamat.

Pusat tersebut diwujudkan Perhilitan pada 1989 susulan penubuhan Pasukan Pemindahan Khas Gajah sejak 1974 bagi menyelamatkan spesies gajah Asia di Semenanjung Malaysia.

Lokasinya pula agak strategik berdekatan dengan kawasan hutan simpan hidupan liar Krau berkeluasan lebih 60,000 hektar di Banjaran Titiwangsa yang mengandungi Gunung Benom, menjadi destinasi tarikan pelancongan sejak dibuka kepada orang awam pada akhir 1990-an bagi mempromosikan usaha pemuliharaan gajah dalam kalangan masyarakat. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya