Seludup lebih 600 murai batu dalam Myvi - Utusan Malaysia

Seludup lebih 600 murai batu dalam Myvi

PETUGAS Perhilitan sedang memeriksan sebahagian daripada lebih 600 ekor burung murai batu yang diselamatkan. – IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan seorang lelaki cuba menyeludup lebih 600 ekor burung murai batu yang disorok dalam sebuah kereta Perodua Myvi  ditumpaskan di Johor, baru-baru ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, suspek warga tempatan berusia 34 tahun ditahan dalam satu pemeriksaan khas yang dilakukan di sekitar Bandar Penawar, Daerah Kota Tinggi.

Agensi itu dalam satu kenyataan memaklumkan, satu laporan polis kemudian dibuat Perhilitan berhubung kes jenayah penyeludupan hidupan liar dalam kenderaan darat yang berkenaan dan kesemua barangan dirampas itu dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah untuk proses tindakan dan siasatan selanjutnya.

Suspek boleh didakwa di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sekiranya sabit kesalahan, akan dihukum denda maksimum RM100,000 atau pun penjara sehingga dua tahun.

Murai batu adalah spesies unggas yang dilindungi di bawah akta berkenaan, bahkan memerlukan lesen khas untuk menangkapnya dan mengikut masa dengan kuota tertentu sahaja selain dibenarkan Perhilitan untuk diburu dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember antara pukul 7 pagi hingga 7 petang dengan penggunaan perangkap jenis pintu jatuh atau jebak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN