Selesai tukar tayar, suami maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Selesai tukar tayar, suami maut dirempuh lori

MANGSA bersama keluarganya yang menaiki kereta jenis Proton Perdana dalam perjalanan dari arah Batu Gajah, Perak ke Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut di hadapan isteri dan anaknya selepas dilanggar sebuah lori ketika menukar tayar kereta yang pancit di di Kilometer 218.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhamad Zaki Redzwan, 42, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa bersama keluarganya yang menaiki kereta jenis Proton Perdana dalam perjalanan dari arah Batu Gajah, Perak ke Skudai, Johor.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, tayar belakang sebelah kiri kereta itu pancit menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan menukarnya.

“Menurut keluarganya, sebaik sahaja mangsa selesai menukar tayar, dia tiba-tiba dilanggar sebuah lori yang tidak dapat dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, kenderaan berat terbabit bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan.

“Kita kini sedang mengesan lori terbabit dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini ahli keluarga mangsa tidak mengecam plat pendaftaran lori terbabit selain lokasi kejadian juga tiada kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya