Sekolah Agama Johor buka 9 Januari, TAJ kekal operasi 2 Januari

Sekolah Agama Johor buka 9 Januari, TAJ kekal operasi 2 Januari

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan bagi Sekolah Agama di seluruh negeri ini telah ditangguhkan ke 9 Januari 2022 berbanding ditetapkan pada 2 Januari sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor (TAJ) bagaimanapun dibenarkan beroperasi pada Ahad ini.

“Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal guna tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga bermula 9 Januari 2022 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1443H.

“Ketetapan ini melibatkan semua institusi Pendidikan Islam Negeri Johor. Manakala bagi TAJ, pengoperasian dibenarkan bermula 2 Januari 2022 bersamaan 28 Jamadil Awal 1443H,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sesi persekolahan penggal ketiga yang ditetapkan bermula 2 Januari bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari bagi Kumpulan B ditangguhkan selama seminggu berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri.

Ekoran itu, sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari, manakala Kumpulan B pula pada keesokan harinya.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan akan turut mengkaji kemungkinan penangguhan sekali lagi sesi persekolahan berkenaan kerana keadaan sekolah yang masih belum bersedia digunakan ekoran kerosakan teruk akibat banjir di negeri tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya