PETALING JAYA: “Sebak rasa bila beratus orang termasuk anak kecil beratur ambil makanan. Hampir semua akan minta dua sebab dalam khemah mereka ada lagi ahli keluarga yang lain”.
Demikian catatan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam hantaran terbaharunya yang kini menjalankan misi kemanusiaan di Sao Paolo, Brazil.
Menurutnya, orang Brazil peramah mesra dan di jalanan suka ucap terima kasih cara bahasa mereka.
”Baru beberapa hari semua di jalanan macam dah kenal dan biasa. Sampai sahaja, ramai akan datang keliling saya.
“Ada masa makanan habis mereka tak marah pun. Walau ramai pesan kata kawasan sini bahaya. Tapi syukur semua baik-baik. Kita dihantar oleh Allah untuk membawa kebaikan pada semua manusia seluruh alam,” jelasnya.
Katanya, di Malaysia Alhamdulillah setiap hari tim bantuan macam biasa, Usaha di Malaysia tidak pernah berhenti.