'Saya sempat berpaut pada besi, jika tidak, tak tahu apa nasib saya' - Utusan Malaysia

‘Saya sempat berpaut pada besi, jika tidak, tak tahu apa nasib saya’

RANJIT Kaur menunjukkan peralatan dapurnya yang rosak akibat kejadian banjir susulan hujan lebat ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 4, Jalan Jelebu, Seremban. - UTUSAN/NURUL AZMAH SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kejadian banjir susulan hujan lebat pada malam Sabtu lalu turut menjejaskan beberapa buah rumah di Kampung Batu 4, Jalan Jelebu, dekat sini.

Tidak terkecuali sebuah rumah yang diduduki seorang warga emas yang tinggal berseorangan, Ranjit Kaur, 82.

Menceritakan kejadian tersebut, Ranjit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Hujan pada ketika itu memang sangat lebat, kemudian saya membuka pintu hadapan rumah dan air terus masuk ke dalam rumah. Sekejap sahaja air terus meningkat tinggi.

“Saya sempat berpaut pada besi sebelum ada dua orang lelaki warga Nepal datang membantu dan dukung membawa saya keluar, jika tidak, saya tidak tahu apa nasib saya,” katanya ketika ditemui dalam program bantuan sukarelawan Pusat Komuniti Desa Serting Ilir dan Persatuan Bulan Sabit Merah, Jempol dan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Ranjit yang mempunyai tiga orang anak dengan masing-masing tinggal di Kuala Lumpur dan Singapura berkata, akibat kejadian tersebut dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas barangan rumah dan pakaian hanyut dibawa arus deras banjir.

“Ubat-ubatan saya, makanan, pakaian dan barangan rumah lain semuanya hanyut, sekarang memang saya tinggal sehelai sepinggang.

“Kuali periuk juga habis rosak dan hanyut, mahu memasak apa pun tidak boleh, memang saya mengharapkan sekiranya ada bantuan makanan daripada mana-mana pihak ketika ini,” katanya sambil memberitahu kejadian banjir tersebut yang kedua dialaminya sejak tinggal di rumah tersebut dengan kejadian pertama berlaku pada 1971.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Arji Singh, berkata, kesemua barangan dan peralatan di rumahnya rosak dan tidak boleh digunakan lagi selepas ia disaluti lumpur setebal lapan inci.

“Ketika kejadian dalam pukul 12 tengah malam dan tiba-tiba sahaja air melimpah, kemudian, ada seorang jiran yang membantu menggunakan traktor dan membawa semua penduduk keluar ke jalan utama.

“Memang rumah saya terjejas teruk, selain diselaputi lumpur tebal, rumah ini juga dipenuhi dengan kertas dan gabus yang datang dari kilang sebelah yang turut dibawa oleh air banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya