‘Saya sedia kosongkan kerusi DUN Melalap’ - Peter Anthony - Utusan Malaysia

‘Saya sedia kosongkan kerusi DUN Melalap’ – Peter Anthony

PETER Anthony ketika sidang akhbar mengumumkan keluar Warisan di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony bersedia mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap sekiranya perlu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, sekiranya perundangan parti memerlukan beliau untuk mengosongkan kerusi DUN tersebut dan bertanding semula, beliau sedia untuk bertanding di bawah parti baharu.

Walau bagaimanapun, perkara itu akan dilihat kemudian kerana masih terlalu awal untuk mengetahui tindakan yang akan diputuskan.

“Apa juga tindakan perundangan atau keputusan daripada mahkamah selepas ini, sekiranya saya harus mengosongkan kerusi Melalap dan bertanding semula, saya akan bertanding di bawah parti saya sendiri.

“Malah, jika ada kos yang perlu saya bayar kepada Warisan, kita akan uruskan. Itu sudah menjadi peraturan dan kita akan akur.

“Namun, tindakan perundangan ini tidak akan menghalang saya untuk menubuhkan parti baharu,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sudah maklum dengan keputusan yang diambil.

Katanya, dalam politik mereka bebas membuat pilihan masing-masing untuk menubuhkan parti dan beliau percaya, Presiden Warisan juga mempunyai perancangan tersendiri untuk kerjaya dan kelangsungan politiknya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S. Padua berkata, tindakan yang akan diambil terhadap ADUN Melalap dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim akan diputuskan selepas Ahli Majlis Tertinggi parti mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

Katanya, mengikut perlembagaan parti, sekiranya mereka sudah mengumumkan keluar daripada Warisan maka, keahlian mereka akan terbatal secara automatik. Jadi, tiada keperluan untuk mereka menghantar surat peletakan jawatan daripada parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya