Saya pun tak mampu jadi macam Fazley - Adibah Noor - Utusan Malaysia

Saya pun tak mampu jadi macam Fazley – Adibah Noor

ADIBAH NOOR dan FAZLEY YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor mengakuI dia barangkali tidak sekuat atau setabah Datuk Fazley Yaakob dalam berdepan dengan pelbagai kecaman atau kritikan.

Menurut Adibah, secara peribadi, dia kagum dengan ‘kebolehan’ Fazley yang disifatkan cukup tenang mengendalikan situasi begitu walaupun hakikatnya ada kalangan warganet dan pengguna media sosial sangat melampau dalam mengeluarkan kata-kata.

“Orang komen dia teruk-teruk sampai ada antara yang saya dapat tahu dan terbaca, wira papan kekunci itu menyebut lebih baik masuk penjara dan hiburkan banduan-banduan dalam penjara saja. Bagi saya  kata-kata seperti itu sangat kejam!

“Begitu pun, Fazley tetap menjawab komen-komen itu dalam nada yang sangat tenang. Dia jawab bersahaja lagi. Bagi saya, Fazley tak perlu pun menjawab semua itu. Kenapa? Boleh saja dia tak pedulikan semua itu.

“Tapi, dia jawab juga sebab dia memang mahu menjawab. Mungkin pada Fazley, semua ini apalah sangat. Semua orang tahu dia pernah lalui pengalaman lebih teruk daripada setakat kena kecam. Kalau saya, memang tak mampu jadi macam dia,” katanya.

Adibah berkata demikian semasa ditemui di konsert GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, kelmarin.

Selain itu, kata Adibah, sejak kebelakangan ini juga dia sudah tidak begitu ‘berminat’ untuk berlawan kata dengan kelompok warganet yang menghentam atau mengecam dirinya di media sosial.

“Nak jawab dengan sarkastik? Tak kuasa dah. Sekarang, saya tengok ada komen-komen yang tak elok, saya ‘mute’ saja. Sebelum ini, Aishah Ariffin pun ada nasihatkan saya, jangan tengok komen.

“Tapi, adakala saya tahu kena tengok dan baca juga komen-komen di media sosial. Kalau tidak, tak tahu apa yang harus ditambah baik dan sebagainya. Kalau ada kritikan membina dan kata-kata semangat, itu yang kita ambil,” katanya.

Dalam pada itu, Adibah juga menganggap tiada sebab untuk dia mengamalkan penyucian media sosial.

Katanya, dia percaya pengikut-pengikut yang ada di dalam media sosialnya terdiri daripada kalangan mereka yang membawa aura positif.

“Rasanya 90 peratus daripada mereka yang ada dalam akaun media sosial saya, semuanya yang okey dan positif. Lagi 10 peratys yang negatif itu sudah saya mute bukan?

“Tak payahlah nak sakitkan hati orang di media sosial ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya