Satu pusat pemindahan banjir di Perak ditutup - Utusan Malaysia

Satu pusat pemindahan banjir di Perak ditutup

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu penduduk yang terjejas banjir di Teluk Intan semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keadaan cuaca cerah sejak semalam meredakan banjir di negeri ini apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim di Slim River ditutup hari ini.

Keadaan itu membolehkan 34 penduduk daripada lapan keluarga pulang ke rumah masing-masing setelah pusat pemindahan ditutup pada pukul 9 pagi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, hanya dua buah pusat pemindahan beroperasi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di Changkat Jong dan Dewan Bandaran Teluk Intan.

Katanya, SMK Abdul Rahman Talib kini dihuni 148 orang daripada 36 keluarga manakala di Dewan Bandaran Teluk Intan pula dengan 136 orang daripada 46 keluarga.

“Hasil pemantauan di daerah Muallim mendapati cuaca dalam keadaan baik dan cerah dengan paras air sungai Bernam telah surut ke tahap normal.

“Air yang melimpahi jalan raya juga telah surut sepenuhnya. Oleh itu, pusat pemindahan di SK Kuala Slim ditutup pada pukul 9 pagi ini dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya