Santuari Kelah, Tasik Kenyir diiktiraf Inisiatif Eko Pelancongan Terbaik

Santuari Kelah, Tasik Kenyir diiktiraf Inisiatif Eko Pelancongan Terbaik

TENGKU Ahmad Nadzri Tengku Musa (kanan) menerima trofi dan sijil Inisiatif Eko Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2021 yang diadakan di ibu kota semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Santuari Kelah di Tasik Kenyir diiktiraf Inisiatif Eko Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2021, yang diadakan di ibu kota semalam.

Kejayaan tersebut membuktikan projek pemuliharaan di samping pembiakan ikan kelah di habitat semula jadi sejak 2006 itu mampu berkembang hingga menjadi tarikan pelancongan utama di tasik berkenaan.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, pencapaian diraih itu dalam masa sama dapat memberi inspirasi buat penggiat pelancongan di negeri ini ke arah menjadikan Terengganu dan Tasik Kenyir sebagai destinasi pilihan ramai.

“Tasik Kenyir sinonim dengan kepelbagaian spesies ikan sungai termasuk kelah yang menjadi buruan kaki pancing. Jadi, bagi mengekalkan spesies ikan asal itu, Ketengah memulakan inisitiaf pemuliharaan dan menjinakkan ikan kelah bagi dijadikan produk pelancongan.

“Pembangunan Santuari Kelah turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan negeri dalam memastikan produk itu terus berdaya saing serta berupaya dimajukan ke tahap lebih membanggakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyampaian anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian.

Tengku Ahmad Nadzri berkata, kejayaan diraih itu hasil kerjasama dan usaha banyak pihak termasuk Ketengah, kerajaan negeri serta Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir yang sentiasa mempromosikan tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia itu sebagai kawasan pelancongan terulung di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya