Sampel buangan berbahaya di Paka dihantar ke Jabatan Kimia - Utusan Malaysia

Sampel buangan berbahaya di Paka dihantar ke Jabatan Kimia

PEGAWAI Jabatan Alam Sekitar Terengganu meninjau dan mengambil sampel bahan buangan berbahaya di kawasan perindustrian Paka di Dungun, baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sampel sisa industri berjadual yang dibuang di kawasan Perindustrian Paka di sini sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa lanjut. 

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 34B(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. 

Katanya, jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara mandatori lima tahun dan denda sehingga RM500,000 selaras dengan peruntukan Seksyen 34B(4), akta sama. 

“Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu mendapati terdapat longgokan tin kosong produk cat jenis Polyurethane bersaiz 21 kilogram iaitu bahan yang digunakan untuk membaiki bumbung bocor.

“Kita tidak berkompromi dengan penjenayah alam sekitar dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan puluhan tong sisa industri berjadual yang berlabel cat ditemukan berlonggok di atas jalan raya di kawasan perindustrian Paka dipercayai dibuang secara haram sejak beberapa hari lalu. 

Sehubungan itu Wan Abdul Latiff meminta kerjasama orang awam untuk segera melaporkan sebarang insiden pencemaran alam sekitar dan salah laku pengurusan buangan bahaya di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui portal, eaduan.doe.gov.my. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya