Sambung atau tangguh VTL dimuktamadkan 48 jam sebelum 21 Januari - Utusan Malaysia

Sambung atau tangguh VTL dimuktamadkan 48 jam sebelum 21 Januari

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan sama ada inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Malaysia dan Singapura disambung semula atau sebaliknya hanya akan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum ia dijadualkan berlangsung semula pada 21 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, jika disambung semula pada tarikh itu, jumlah jualan tiket berkemungkinan dikurangkan sehingga 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

Katanya, keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada kerajaan Singapura yang akan menilai situasi semasa Covid-19 di republik itu ekoran varian baharu, Omicron dikesan.

“Saya berbincang dengan Menteri Pengangkutan Singapura pada 21 Disember lalu yang mana beliau memaklumkan mengapa pihaknya mengambil keputusan menangguhkan inisiatif berkenaan, bukan ditamatkan.

“Mereka akan membuat penilaian sama ada ia akan disambung semula sepertimana dijadualkan pada 21 Januari atau ditangguh lagi dan keputusan itu hanya akan dimuktamadkan dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berkenaan,” katanya  dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor yang diadakan secara hibrid di Ibu Pejabat MCA Johor, di sini hari ini.

Pada 22 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan memutuskan untuk menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi VTL Malaysia dan Singapura bermula esok hingga 20 Januari 2022.

Sementara itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam memberitahu bagi inisiatif VTL darat pula, perkara itu tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana di luar bidang kuasanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya