Sambal ikan punca rezeki - Utusan Malaysia

Sambal ikan punca rezeki

Nor Hafizan Abu Hassan Ashairi (kanan) bersama ibunya Nor Maziah Abd Majid dengan NoMa Sambal Ikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermodalkan RM200, Nor Hafizan Abu Hassan Ashairi, 28, mula mengusahakan NoMa Sambal Ikan, menggunakan resipi sambal ikan milik ibunya. 

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia mula menceburi bidang itu sekitar 2013 dengan menjual sambal ikan nasi impit di sekitar Kampung Permatang Badak, Kuantan. 

“Apabila mendapat tempahan di luar kawasan sambal ikan yang dulu dikenali Tokma Sambal terus berkembang.

“Penjenamaan NoMa Sambal Ikan diperbaharui sempena panggilan ibu saya ketika kecil dahulu,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, proses pembuatan sambal ikan menggunakan bahan segar dan berkualiti seperti ikan selayang, kelapa dan bahan-bahan ramuan lain.  

“Harga jualan boleh membeli mengikut bungkusan berat dari 50 gram (g) hingga satu kilogram (kg) dengan harga dari RM7 sehingga RM50.

“Kebanyakan tempahan dilakukan menerusi laman sosial Facebook NoMaHQ dan Instagram norhafizan_abuhasan dan talian 014 835 1364,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya