Saifuddin lawat Turki, India bermula esok - Utusan Malaysia

Saifuddin lawat Turki, India bermula esok

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dijadualkan mengadakan lawatan rasmi buat julung kalinya ke Turki dan kemudian India bermula esok sehingga 25 Disember ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, beliau dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas bertemu rakan sejawatnya, Mevlut Cavusoglu.

Beliau yang akan diiringi para pegawai Kementerian Luar, melawat melawat Turki selama tiga hari sebelum disusuli ke India bermula pada Khamis depan.

Pertemuan tersebut membuka ruang kepada perbincangan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. 

Saifuddin juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak media, kumpulan pemikir serta institusi akademik di Turki bagi mempromosikan falsafah hidup bersama dalam budaya damai.

Turut disentuh ialah usaha bagi menentang fahaman Islamofobia selain bertemu organisasi bantuan kemanusiaan Turki untuk membincangkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

“Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab dan strategik antara kedua-dua negara dan juga beri peluang meneroka inisiatif baharu dalam usaha pemulihan pasca pandemik Covid -19,” katanya.

Turki ialah rakan penting dalam bidang ekonomi dan perdagangan bagi Malaysia dengan jumlah dagangan dua hala dari Januari hingga Oktober lalu mencatatkan RM14.08 bilion sekali gus menunjukkan peningkatan besar sebanyak 81.9 peratus berbanding hanya RM7.74 bilion bagi tempoh 10 bulan pertama pada tahun lepas.

Selepas itu, Saifuddin akan melawat India pada Khamis depan dan mengadakan sesi pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr. S. Jaishankar bagi membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama.

“Mereka juga akan meneroka kerjasama dalam bidang baharu yang strategik dalam era pasca pandemik, diplomasi kebudayaan, keselamatan siber dan pertahanan, isu ekonomi digital, diplomasi kesihatan, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara berkenaan.

Hubungan kerjasama yang terbina menerusi jalinan ketamadunan, kebudayaan dan sosial sejak sekian lama itu diharap menghasilkan kerjasama dinamik dalam pelbagai bidang sebagai rakan ekonomi terbesar rantau Asia Selatan dengan nilai perdagangan tahunan melepasi RM63 bilion sepanjang lima tahun lepas.

Justeru, lawatan ke India dijangka membina momentum kukuh sekali gus mempamerkan keakraban dan kesediaan kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan hubungan dua hala.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya