Saifuddin batal lawat Turki, India demi misi bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Saifuddin batal lawat Turki, India demi misi bantu mangsa banjir

SAIFUDDIN Abdullah menyantuni penduduk terjejas banjir di Indera Mahkota, Pahang semalam. – IHSAN SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prihatin dengan isu banjir besar di tanah air, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah membatalkan lawatan rasminya ke dua negara untuk pulang lebih awal.

Menerusi hantaran dalam akaun sosialnya lsemalam, beliau dilaporkan tiba di Malaysia petang kelmarin dari Ankara setelah selamat sampai ke ibu kota Turki itu pada Ahad lepas.

Menurut laporan media negara itu, beliau memendekkan tempoh di Turki yang sepatutnya berakhir Rabu lalu sebelum lawatan julung kali ke India pada keesokannya sehingga Sabtu ini.

Bagaimanapun, beliau berkesempatan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu pada Isnin lalu membincangkan pelbagai isu kerjasama dua hala, malah berpeluang melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada hari sama.

Saifuddin dilaporkan menghubungi Menteri Luar India, Dr. S. Jaishankar bagi memaklumkan pembatalan lawatan ke negara itu yang turut menzahirkan simpati atas bencana di Malaysia.

 “Perasaan takziah yang sama turut disampaikan rakan saya dari Turki dan juga Menteri Luar Pakistan, Makhdoom Shah Mahmood Qureshi,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya