Sah Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN  - Utusan Malaysia

Sah Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN 

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. 

Beliau menggantikan Datuk Razaruddin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 26 Disember ini. 

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Ruslan Khalid berkata, jawatan Ayob Khan diisi Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman digantikan oleh Timbalan Pengarah (Integriti)  Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dengan memangku pangkat Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pertukaran ketiga-tiga pegawai kanan itu berkuat kuasa 25 Januari depan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya