Sabah perlu RM27 bilion naik taraf bekalan air - Utusan Malaysia

Sabah perlu RM27 bilion naik taraf bekalan air

Bung Moktar (dua kanan) semasa mengadakan perbincangan bersama Ramlan Harun (dua kiri) di Pejabat KPLB di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memerlukan sebanyak RM27 bilion bagi menaik taraf bekalan air bersih serta membaik pulih loji rawatan air di seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan itu.

Maka, peruntukan yang lebih besar diperlukan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, Sabah memerlukan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang lebih baik bagi membolehkan negeri ini terus membangun.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, Sabah memerlukan peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya dengan mengambil kira faktor geografi negeri ini.

“Keperluan pembangunan insfrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik agak kritikal dan ia merupakan keperluan utama rakyat Sabah,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Ramlan Harun, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah,, Datuk Mohd. Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ir. Edward Lingkapo.

Menurut Bung Moktar, selain masalah jalan raya, isu kemudahan air terawat di Sabah perlu diberi perhatian dan dijadikan keutamaan kerana ia sudah berlarutan sekian lama.

Dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Kinabatangan ini turut mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan kepada KPLB berkaitan kemudahan bekalan air bersih dan jalan raya di Sabah.

“Melalui pertemuan ini kita berharap banyak masalah dapat di atasi terutama berkaitan pelaksanaan projek luar bandar seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar di Sabah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya