PETALING JAYA: “Hari ini kita diuji berat kerana sayangNYA (Allah) kepada kita selama ini”.
Demikian ingatan diberikan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai musibah banjir yang melanda negara ketika ini.
Menurut beliau, apa yang penting adalah kita meneruskan bersyukur kerana selama ini Allah menjaga dan memberi banyak nikmat kepada kita selama ini.
“Saat ini mari kita bawa sifat kasih sayang dan ambil berat sesama kita kerana Allah. Berilah segala apa yang mampu dan paling utama mendoakan buat saudara kita yang ditimpa musibah.
“Ya Allah terima kasih sayang kami. Teruslah sayang kami sampai bila-bila. Hanya itu kami benar-benar inginkan,” katanya.
Beliau dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan mesej selamat hari lahir buatnya.