KUALA LUMPUR: Pelakon, Ebby Yus terpaksa akur selepas rumahnya musnah akibat bencana banjir di Kuala Langat, Selangor semalam.
Rumah tersebut, yang dibina dengan hasil pendapatan pelakon itu yang disimpan sejak 30 tahun yang lalu ranap dihanyutkan arus deras.
“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh kayu ‘lenyap’ gara-gara banjir petang semalam.
“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni, saya akur dengan ketentuan ini,” katanya.
Akibat bencana itu, pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000.
Ebby yang dilahirkan di Negeri Sembilan, menyewa di Kampung Baru dekat sini sejak 20 tahun lalu.