Rosmadi wira Kampung Chennah - Utusan Malaysia

Rosmadi wira Kampung Chennah

ANTHONY Loke Siew Fook (kanan) bersama Rosmadi melawat sebuah kenderaan yang tersadai di Kampung Chennah, Jelebu hari ini selepas kampung berkenaan turut teruk terjejas dilanda bencana banjir baru-baru ini.UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: “Saya sangat terhutang budi dengan Rosmadi”

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook terhadap Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif.

Menurut Siew Fook, Rosmadi boleh dianggap sebagai wira kampung selepas menggadai nyawanya sendiri dengan menyelamatkan kira-kira 70 mangsa banjir di Kampung Chennah, Kampung Puom dan Kampung Esok. 

“Rosmadi merupakan wira selepas menyelamatkan banyak nyawa ketika kejadian banjir yang berlaku di kampung ini dan dua buah kampung lagi.

“Saya juga ada mendapat maklumat ‘anak buah’ Rosmadi juga telah bertindak menyelamatkan seorang warga emas yang paras air di kediamannya sudah sampai ketinggian 1.5 meter. 

“Saya sangat terhutang budi kepada Rosmadi dan semua yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan pasca banjir di Kampung Chennah, Jelebu hari ini. 

Siew Fook yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, pihaknya juga sudah mula turun padang bagi membersihkan segera kawasan dan rumah yang terlibat banjir. 

“Saya difahamkan seramai 510 buah keluarga di kampung ini terjejas dan rumah mereka rosak teruk akibat banjir lumpur yang melanda kampung ini. Esok, jentera pembersihan akan mula mengambil sampah-sampah yang dibawa arus banjir. 

“Kami memfokuskan untuk memastikan pembersihan setiap rumah dapat dijalankan segera dan bantuan makanan dan minuman kepada semua penduduk dan keluarga terjejas sehingga selesai,” katanya.

Sementara itu, Rosmadi yang juga pengusaha kem bina semangat, Kem Bukit Perjuangan di Chennah menjelaskan, dia membantu dan menyelamatkan mangsa kerana melihat paras air semakin tinggi.

“Saya sempat membantu dan menghantar mangsa ke kem saya yang terletakj di atas bukit  kerana khuatir paras air akan meningkat sekiranya lambat mengambil keputusan berkenaan.

“Lagipun ini merupakan tanggungjawabnya sebagai ketua di kampung untuk memastikan semua berada dalam keadaan selamat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya