RMS sedia 3,000 pek makanan untuk mangsa banjir

RMS sedia 3,000 pek makanan untuk mangsa banjir

ABDUL Rahim Mat Shah (tengah) giat menyediakan pek makanan untuk mangsa banjir di Seri Muda dan Meru di restorannya di Seksyen 11 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bukan hanya anggota penyelamat, sukarelawan dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja yang berhempas pulas membantu mangsa banjir malahan pihak katering juga tidak menang tangan menyiapkan tempahan makanan untuk mereka di negeri ini.

Menurut pengusaha restoran, RMS Cafe & Katering, Datuk Abdul Rahim Mat Shah, beliau menerima tempahan hingga 3,000 pek makanan tengah hari untuk mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam dan Meru, Klang.

“Saya menerima tempahan makanan sejak semalam daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir. Walaupun notis pendek kita tidak menghampakan permintaan pihak yang membuat pesanan makanan untuk mangsa banjir yang masih berada di Pusat Perlindungan Sementara (PPS),” katanya ketika ditemui pemberita di Seksyen 11 hari ini.

Abdul Rahim berkata, kesemua makanan yang disediakan melibatkan lebih 10 pekerja yang terdiri daripada tukang masak dan pekerja restoran.

Katanya lagi, disebabkan tempahan ribuan pek makanan tersebut hidangan makan tengah hari untuk pelanggan biasa tidak disediakan.

“Restoran saya di Seksyen 11 bernasib baik disebabkan tidak dilanda banjir seperti di Seksyen 18,19, 20 dan 25. Hari ini pun hidangan sarapan pagi habis sebelum pukul 10 pagi. Ini disebabkan penduduk kawasan yang terlibat banjir datang ke restoran saya untuk bersarapan. Insya-Allah kita akan menyediakan makanan secukupnya untuk pihak yang terkesan akibat banjir,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya