RM1.4 bilion dana mangsa banjir akan dilaksana secara berkesan - Utusan Malaysia

RM1.4 bilion dana mangsa banjir akan dilaksana secara berkesan

ISMAIL Sabri Yaakob ketika melawat keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury, Kuala Klawang, Jelebu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memastikan segala bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif, berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan RM1.4 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah inisiatif itu juga kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan mengenai Bantuan Wang Ihsan (BWI) meliputi empat perkara.

“Pertama, RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir.

“Kedua, kerajaan menyalurkan kepada semua ketua isi rumah yang terkesan termasuk kepada mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan ketiga, sebanyak RM10,000 diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia.

“Keempat, mangsa-mangsa yang terjejas boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa Monsun Timur Laut berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah membuat bayaran BWI yang telah bermula sejak kelmarin dan dijangka selesai pada minggu ini, bagaimanapun, Selangor dan Pahang mungkin lewat kerana melibatkan jumlah mangsa yang ramai.

“Saya telah mengarahkan pihak-pihak berkaitan supaya memudahkan urusan pembayaran tanpa sebarang birokrasi atau tanpa perlu mengisi pelbagai borang seperti sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi menggerakkan kerja-kerja pasca banjir, menambah RM50 juta khusus untuk Selangor dan Pahang untuk tujuan sama bagi melaksanakan kerja pembaikan, pembersihan rumah dan fasiliti awam yang rosak.

Katanya, kerajaan antara lain memperuntukkan RM10 juta tambahan bagi pembiayaan perkhidmatan kutipan sisa banjir, pembersihan jalan, fasiliti awam dan halaman rumah mangsa melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta kontrak dilantik.

“Bagi menambah akses tunai kepada mangsa, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan dana keseluruhan RM100 juta telah menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar kosong peratus dengan tempoh bayaran bayaran sehingga RM3.5 tahun termasuk moratorium selama enam bulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya