Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 6 negeri  - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 6 negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar dan Batang Padang); Selangor (Petaling); Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Seremban); Johor (Pontian); Sarawak: Serian, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Miri (Marudi) dan Limbang; Sabah: Pedalaman (Tenom dan Nabawan) sehingga pukul 9 malam, Ahad, 26 Disember. 

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. 

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada pukul 5.30 petang di laman Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya