Rezeki anak, perniagaan kek Zuriani maju - Utusan Malaysia

Rezeki anak, perniagaan kek Zuriani maju

Zuriani Mohd. Zin bersama kek yang dihasilkannya mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memilih perniagaan kek kerana mahu menguruskan anak di depan mata, pengusaha Bussaina Agency, Zuriani Mohd. Zin, 40, tidak menjangka ia memberikan pendapatan lumayan. 

Zuriani yang juga Sahabat AIM cawangan Temerloh berkata, perniagaan itu mendapat sambutan apabila dia mula menjual kek coklat moist kukus.

“Hadiah ketuhar diberikan oleh suami menjadi pembakar semangat untuk saya cuba menghasilkan kek lain iaitu kek butter.

“Menarik tentang kek saya adalah ia dibuat mengikut cita rasa, kehendak dan kemampuan pelanggan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Zuraini, dia juga mengetengahkan pelbagai kek lain seperti kek mangga,  kek pandan gula melaka, kek durian dan kek layer biscoff.

“Seminggu hanya dua kali saya ambil tempahan dan hampir 20 biji kek dijual setiap bulan pada harga RM35 hingga RM75. 

“Penghantaran dibuat di sekitar Temerloh. Tempahan dibuat di Facebook Zuraini Mohd Zin dan Instagram Zuraini_rusli atau  hubungi 014-297 4042,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya