SHAH ALAM: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu keluhan penduduk mangsa banjir sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, yang mendakwa caj menunda kenderaan mahal dan tidak munasabah sehingga membebankan mereka. Penduduk Pangsapuri Andorra, Mak Chi Minh, 51, berkata, kereta Proton Waja miliknya mengalami kerosakan menyeluruh akibat ditenggelami air sejak Sabtu lalu. “Saya terpaksa menghantar kereta itu ke bengkel untuk dibaiki. Namun, saya terkejut kerana caj tunda yang perlu dibayar berjumlah RM250 walaupun lokasinya hanya beberapa kilometer,” katanya ketika ditemui semalam. Tinjauan di situ mendapati, ribuan kenderaan mangsa yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya