Rekahan tanah runtuh dikesan di susur keluar Bulatan Melawati - Utusan Malaysia

Rekahan tanah runtuh dikesan di susur keluar Bulatan Melawati

PETUGAS MBSA bertindak memasang kanvas dan kon berdekatan susur keluar Bulatan Melawati, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengguna jalan raya terutama mereka yang melalui lereng dari Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di sini menuruni Bulatan Melawati menuju ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang, diminta memperlahan kenderaan masing-masing ekoran berlaku pergerakan tanah di kawasan terbabit.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah bertindak memasang kanvas bagi menutupi kawasan tanah runtuh terbabit.

Katanya, pihaknya juga memasang kon dan penghadang jalan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melalui kawasan itu untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“MBSA berharap pengguna yang perlu melalui jalan itu agar berhati-hati dan memperlahan kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar mengenai kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan tular dalam laman media sosial hari ini apabila pengguna jalan raya meminta orang ramai berhati-hati atau mengelak daripada menggunakan jalan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya