KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian perkhidmatan, Rapid Bus Sdn. Bhd. menutup 68 laluan bas yang beroperasi di sekitar Lembah Klang.
Memaklumkan perkara itu, pihaknya berkata, penutupan itu dibuat bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.
Ia susulan cuaca yang tidak menentu kini dan banjir kilat sekitar Lembah Klang.
“Justeru, kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan kami di dalam situasi ini. Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman anda. Ikuti saluran media sosial Rapid KL untuk perkembangan terkini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut adalah senarai rangkaian perkhidmatan yang ditutup :