PETALING JAYA: ‘Awak datang sejauh ini kerana teringat pada kami?’
Demikian coretan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Sao Paolo, Brazil dalam misi kemanusiannya di sana.
Catatan beliau itu merujuk kepada kumpulan gelandangan di bandar itu yang bertanyakan mengenainya yang datang dari Malaysia, semata-mata ingin menyempurnakan misi kemanusiaan tersebut.
“Kata mereka, semoga tuhan merahmati kamu (saya),” jelas Ebit.
Dalam catatan itu, beliau menziarahi kumpulan gelandangan pada waktu malam, di tengah-tengah bandar besar yang ramai masih tidak mampu meneruskan hidup, khususnya untuk menyewa rumah.
“Jadi ramai hidup di jalanan dengan membuat khemah dari plastik dan tutup-tutup begitu sahaja.
“Walau kali pertama, terasa mesra dan dekat. Senyum-senyum sahaja. Mesra juga mereka walau berbahasa Portugis,” katanya.