Ramai berlindung di Masjid Negeri akibat banjir - Utusan Malaysia

Ramai berlindung di Masjid Negeri akibat banjir

SEBAHAGIAN orang ramai yang terperangkap di Bandar Raya Shah Alam akibat banjir berlindung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor hari ini. - UTUSAN /ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Banjir kilat di sekitar lebuh raya dan jalan masuk ke beberapa kawasan di bandar raya ini menyebabkan orang ramai tersadai di Masjid Negeri atau Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah awal pagi ini.

Seorang pekerja swasta dari Seksyen 20 yang ingin dikenali sebagai Radzi, 49, memberitahu, dia tak menemui laluan lain untuk pulang ke rumahnya kerana jalan masuk dilimpahi air lebih tiga meter.

“Saya cuba untuk meredah kawasan banjir tetapi jalan ditutup di Seksyen 19 oleh penduduk setempat.

“Saya terpaksa berpatah balik ke Seksyen 14 bagi mengelak sebarang kemalangan dan kerosakan kenderaan akibat dimasuki air ke dalam enjin,” katanya ketika ditemui pemberita di masjid tersebut pagi ini.

Radzi berkata, dia mendapat tahu pihak masjid negeri membenarkan orang ramai berlindung melalui Facebook rakannya.

Sementara itu seorang pemuda daripada Alor Setar, Kedah, Mohd. Syafiq Haikal, 17, berkata, dia datang ke bandar raya ini untuk menziarahi seorang anggota keluarganya yang meninggal dunia semalam.

Namun katanya, dia dan keluarga terpaksa berlindung di masjid negeri tersebut disebabkan lebuh raya dan jalan keluar telah dinaiki air dan telah ditutup.

“Nasib baik pihak berkuasa memberi keizinan untuk keluarga saya berlindung. Semua anggota keluarga sedang tidur akibat kepenatan.

“Hari ini jika air banjir sudah surut kami akan pulang ke Kedah. Terima kasih kepada pihak masjid,” katanya.

Tinjauan wartawan mendapati ramai yang terperangkap datang dari kawasan setempat dan dari negeri lain termasuk pelancong domestik yang bercuti pada hujung minggu sempena cuti sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya