'Rakyat hidup susah vs Bangunan baru': Pulangan kembali ke penyimpan ASB - Utusan Malaysia

‘Rakyat hidup susah vs Bangunan baru’: Pulangan kembali ke penyimpan ASB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatannya di Facebook menjawab persoalan atau ‘kecaman’ orang ramai mengenai pembinaan Menara Merdeka 118 di sebalik ‘bangunan’ rakyat yang hidup susah.

Menurut beliau, menara itu dibina dengan duit PNB, ASB.

“Bukan duit kerajaan atau Petronas mahupun kroni. PNB milik 100 peratus bangunan ini.

“Pulangan daripada bangunan ini juga kembali ke penyimpan ASB. Keputusan membina bangunan ini dibuat masa ekonomi rancak bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu ketika dividen ASB tinggi secara konsisten,” katanya.

Jelasnya, selain membuka peluang pekerjaan dan menaikkan nama negara, ia bakal menjana pulangan jangka masa panjang yang konsisten bagi jutaan rakyat yang simpan dengan PNB.

“Ini adalah satu cara untuk membina simpanan dan kekayaan bagi golongan miskin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya