Puluhan kambing terkandas akibat banjir diselamatkan   - Utusan Malaysia

Puluhan kambing terkandas akibat banjir diselamatkan  

Kapsyen: SEBAHAGIAN kambing yang dipindahkan dengan menaiki sampan setelah terkandas akibat banjir di Daerah Kuala Selangor, Selangor. –IHSAN JPV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan kerjasama pelbagai pihak menyelamatkan puluhan ekor  kambing yang terkandas akibat banjir di Selangor.

Misi itu turut melibatkan pasukan Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor dan penternak ruminan itu di kawasan tersebut di samping penggunaan pengangkutan sampan, semalam.

“Terima kasih Tuan. Terbaik. Tuhan sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua,” kata agensi itu menerusi hantaran terkini dalam laman sosial rasminya malam tadi.

Terdahulu, JPV melalui kenyataan awal memaklumkan bahawa mereka bersiap sedia memindahkan sejumlah 50 ekor kambing yang terperangkap setelah laluan darat terputus dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) Tanjung Karang yang meminjamkan sampan bagi misi pemindahan.

Pada masa sama, JPV turut mengagihkan para penternak dan petani di kawasan terjejas dengan bekalan ubat, vitamin serta bahan pembasmi jangkitan selain bahan makanan asas.

Ia turut memuat naik foto-foto eksklusif yang memaparkan kumpulan kambing berkenaan kelihatan ceria setelah badan mereka diselimutkan dan tampak keletihan selepas diselamatkan.

Semalam juga, sepasukan lagi petugas agensi itu dikerah terlibat operasi agihan makanan rumput bagi ternakan lembu yang terperangkap di beberapa kawasan dalam daerah sama dengan bantuan JPV Pulau Pinang dengan mereka bergerak mengedarkan makanan kepada penternak sekitar Jeram, Bukit Kucing, Ijok dan Bestari Jaya.

Haiwan berkenaan dipercayai sudah kelaparan kerana dua hari tidak makan akibat banyak kawasan padang ragut ditenggelami air susulan bencana banjir teruk sejak Sabtu lalu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya