Pulau Pinang dalam senarai 15 Pulau Terbaik di dunia untuk bersara   - Utusan Malaysia

Pulau Pinang dalam senarai 15 Pulau Terbaik di dunia untuk bersara  

PULAU PINANG sekali lagi sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila disenaraikan sebagai salah sebuah daripada 15 pulau terbaik di dunia untuk bersara oleh laman web antarabangsa, International Living pada 14 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila disenaraikan sebagai salah sebuah daripada 15 pulau terbaik di dunia untuk bersara oleh sebuah laman web antarabangsa, International Living. 

Selain itu, Pulau Pinang menduduki tempat ketiga dalam senarai di seluruh dunia selepas Malta dan Mallorca di Sepanyol dan pertama di Asia sebagai destinasi terbaik untuk bersara. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang terus mencatatkan kejayaan sebagai salah satu lokasi kegemaran rakyat tempatan dan warga asing. 

“Kerajaan negeri menggalakkan kehidupan lestari.  Kami berusaha mencari jalan untuk semua orang hidup lebih baik dan berterima kasih di atas pujian terhadap Pulau Pinang. 

”Negeri ini istimewa, gaya hidup di Pulau Pinang adalah mesra rakyat dan terbaik di dunia,” katanya menerusi Facebook di sini hari ini. 

Menerusi artikel yang diterbitkan oleh internationalliving.com pada 14 Disember lalu, Pulau Pinang disebut sebagai lokasi yang menjadi kegemaran kalangan ekspatriat selama beberapa dekad. 

“Sebagai bekas kawasan empayar British, masyarakat negeri ini yang bertutur dalam bahasa Inggeris juga memudahkan ekspatriat Amerika Utara untuk menyesuaikan diri. 

“Penduduknya juga mesra dan saling membantu malah pesara juga boleh berkomunikasi  dengan mereka dalam bahasa Inggeris,” kata artikel itu. 

Menurut artikel itu, Pulau Pinang yang terletak hampir di tengah-tengah Asia Tenggara menjadikan perjalanan ke lokasi lain seperti Bali, Indonesia; Thailand, Vietnam dan Kemboja menjadi mudah. 

“Dalam beberapa jam, anda boleh berada di pantai berpasir putih di Filipina atau melihat kuil emas di Myanmar. Malah Australia dan New Zealand juga hanya beberapa jam dari sini (Pulau Pinang),” katanya. 

Selain itu, artikel tersebut turut menyebut Pulau Pinang juga syurga penggemar makanan yang meriah serta dipenuhi makanan jalanan terbaik di dunia. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya