Program Rekalibrasi Pulang PATI dilanjut 30 Jun 2022  - Utusan Malaysia

Program Rekalibrasi Pulang PATI dilanjut 30 Jun 2022 

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sehingga 30 Jun tahun depan. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, keputusan melanjutkan program terbabit dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya semalam. 

Katanya, semua PATI dinasihatkan supaya hadir ke kaunter program itu dalam tempoh 24 jam dan tidak datang terlalu awal bagi mengelak kesesakan di lapangan terbang atau terminal jeti.

“Sejak program ini dilaksanakan bermula bulan ini, sehingga kelmarin, seramai 192,281 PATI berdaftar untuk pulang secara sukarela dengan tiga negara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Indonesia (99,047 orang), Bangladesh (26,821 orang) dan India (23,844 orang). 

“Daripada jumlah ini, seramai 162,827  PATI pulang ke negara asal masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, pelan itu  dilaksanakan sehingga 31 Disember ini atau setakat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi PATI selesai. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya