KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berdepan saingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya pada Pilihan Raya (PRN) Sarawak,18 Disember ini.
Beliau daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS)-PBB berdepan saingan dengan calon Pakatan Harapan (PH)-PKR, Mahmud Epa; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Ishak Buji dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Mohamad Mahdeen Saharuddin.
Abdul Karim pernah menyandang kerusi berkenaan setelah menang pada PRN Ke-11 Sarawak, 16 April 2017 yang ketika itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan undi majoriti 4,489. – UTUSAN ONLINE