PPS di Terengganu terus bertambah - Utusan Malaysia

PPS di Terengganu terus bertambah

KEADAAN banjir di Kampung Tebing Tembah, Paka di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan di beberapa kawasan menyebabkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus bertambah kepada lapan dengan pembukaan semula pusat berkenaan di Kemaman.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang ini, lima PPS dibuka di daerah itu yang melibatkan seramai 128 mangsa.

Katanya, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 286 orang berbanding 261 yang direkodkan di sebelah pagi.

“Di Kemaman, mangsa tertinggi dicatatkan di Dewan Sivik Air Putih dengan seramai 76 orang manakala Balai Raya Lubuk Megat (12 orang), Surau Kampung Ban Ho dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor masing-masing enam orang diikuti Masjid Tebak Batu 16 (lima orang).

“Bagi Dungun pula, jumlah mangsa yang terjejas seramai 158 orang yang ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Serbaguna Kampung Shukur dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya