PPj tak halang penduduk berniaga di Putrajaya, asal ikut peraturan - Utusan Malaysia

PPj tak halang penduduk berniaga di Putrajaya, asal ikut peraturan

MUHAMMAD Azmi Mohd. Zain (empat dari kiri) bersama pemenang Anugerah Inisiatif Hijau di Putrajaya. - IHSAN PPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak pernah menghalang mana-mana individu terutama golongan belia menjalankan perniagaan kecil-kecilan di Putrajaya, namun perlu melalui prosedur yang betul serta lokasi dipilih bukan di tempat sewenang-wenangnya.

Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, pihaknya sebagai agensi pelaksana sentiasa menyokong dan memberi galakan terutama warga Putrajaya menjalankan aktiviti berniaga secara kecil-kecilan.

“Bagaimanapun, terdapat kawasan yang menjadi tumpuan utama pelancong dan kawasan protokol tidak dibenarkan seperti Dataran Putra di hadapan Masjid Putra dan sepanjang boulevard.

“Sesiapa yang berminat menjalankan perniagaan boleh memohon dengan PPj dan jika didapati tempat itu tidak sesuai, kita cadangkan tempat lain. Dataran Putra itu ramai yang tahu ia kawasan tumpuan utama tetapi atas sebab keselamatan, ia tidak dibenarkan,” katanya pada penyampaian hadiah pertandingan Anugerah Inisiatif Hijau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekerapan operasi penguatkuasaan terhadap perniagaan kecil-kecilan di sekitar Putrajaya terutama di Dataran Putra yang menjadi tumpuan utama pengunjung khususnya pada hujung minggu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN