Polis Tangkak dapatkan bantuan IPD lain buru Long Tiger - Utusan Malaysia

Polis Tangkak dapatkan bantuan IPD lain buru Long Tiger

MOHD. Fadhil Minhat (tengah) menunjukkan wajah suspek yang dikenali sebagai Long Tiger yang kini diburu polis di IPD Tangkak, Johor. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Polis Tangkak mendapatkan khidmat bantuan daripada beberapa Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran bagi mengesan Long Tiger yang meloloskan diri dari sel Mahkamah Majistret, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, bantuan terbabit melibatkan pihak polis daripada IPD Muar, Segamat dan IPD Jasin, Melaka.

“Operasi memburu suspek masih berjalan sejak semalam. Polis melaksanakan Op Tutup di semua laluan keluar dan masuk daerah Tangkak.

“Selain itu, khidmat anjing pengesan K9 juga digunakan serta mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini, polis masih belum mendapat sebarang petunjuk berhubung lokasi sebenar lelaki berketurunan Rohingya berkenaan ketika ini.

Semalam, akhbar melaporkan Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, diburu polis selepas melarikan diri ketika ditempatkan dalam lokap di mahkamah berkenaan.

Suspek berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

Long Tiger diambil pihak polis di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Selasa untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat IPD Tangkak di talian 06-9781222 sambungan 7465 atau menghubungi balai berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya