Polis siasat kes tular individu kecewa dengan petugas kaunter - Utusan Malaysia

Polis siasat kes tular individu kecewa dengan petugas kaunter

SEBUAH Kaunter Aduan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beroperasi di Medan Selera Karak di Bentong, Pahang. - FOTO IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menyiasat kes kekecewaan seorang individu terhadap petugas di Kaunter Aduan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Medan Selera Karak di sini.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya mengambil perhatian dengan kes yang tular itu dan tindakan yang bersesuaian akan diambil terhadap petugas tersebut.

“Namun, terdapat insiden yang di luar kawalan PDRM disebabkan sikap segelintir petugas yang mungkin terbawa-bawa emosi ketika berdepan suasana menangani keluhan dan kesusahan yang menimpa penduduk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, individu berkenaan yang membuat tular diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi IPD Bentong bagi memudahkan siasatan menerusi talian 09-2222222.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, PDRM mengambil berat kesukaran yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat terutamanya penduduk yang dilanda musibah banjir di luar jangka melanda daerah ini selama hampir 10 hari.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah membuka kaunter aduan khas PDRM di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membantu masyarakat bagi memudahkan urusan membuat laporan polis.

“Bagi tujuan berkenaan, kaunter aduan khas PDRM itu dibuka di Medan Selera Karak, PPS Dewan Arena Bentong, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak dan PPS SMK Karak Setia.

“Selain itu, kaunter untuk kemudahan mangsa banjir juga beroperasi di PPS Dewan Bukit Piatu, PPS Dewan Bukit Dinding dan PPS Pascorp Papersetia dengan semua langkah telah diambil untuk keselesaan dalam memudahkan orang ramai,” katanya.

Jelasnya, sejak beroperasi sehingga ini, IPD Bentong menerima aduan secara manual sebanyak 3,107 daripada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya