Polis rampas dadah RM1 juta - Utusan Malaysia

Polis rampas dadah RM1 juta

MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kanan) menunjukkan wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Rantau Panjang, kelmarin. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU :  Polis Kelantan berjaya menumpas satu sindiket pengedaran dadah  bernilai hampir RM1 dalam dua serbuan berasingan juta di daerah Bachok dan Pasir Mas, kelmarin.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rantau Baru, Nering, Rantau Panjang, suami isteri yang berusia 23 dan 30 bersama bayi lelaki yang berusia enam bulan ditahan kira- kira pukul 5 petang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum serbuan, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan telah menahan seorang lelaki yang berusia 30 tahun,  di tepi jalan di pekan Pasir Mas sebelum membawa suspek ke rumahnya.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap beg silang yang dibawa oleh lelaki terbabit, polis turut menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi pil kemerahan dan hijau yang disyaki dadah.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, kita menemui satu kotak yang disimpan di atas siling bilik air pada bahagian dapur rumah dberkenaan.

“Setelah membuat pemeriksaan di dalam kotak berkenaan, kita menemukan 30 peket plastik biru yang masing -masing mengandungi pil kemerahan dan hijau yang disyaki dadah, ” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar  di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis merampas 16,000 pil yaba dan 10 kilogram(kg) Syabu yang dianggarkan bernilai RM520,000.

Katanya, ekoran penahanan suspek, polis turut merampas wang tunai RM61,758 dan menyita masing dua kereta dan motosikal dipercayai dibeli hasil dari pengedaran dadah.

“Kita juga merampas rantai leher emas dan loket, rantai tangan, dua bentuk cincin dan loket.

“Jumlah keseluruhan sitaan bernilai RM119,258 dan jumlah keseluruhan termasuk dadah bernilai RM939,258.

Menurut Muhamad Zaki berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut, sama ada terdapat lagi kumpulan yang terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah bersama suspek sebelum ini.

Katanya, suami isteri terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ujarnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Muhamad Zaki memberitahu, sepanjang tahun ini sebanyak 9,678 kes narkotik dicatatkan dengan 12,181 tangkapan membabitkan RM53 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya