Polis Hilir Perak terima 30 laporan enggan divaksin - Utusan Malaysia

Polis Hilir Perak terima 30 laporan enggan divaksin

AHMAD Adnan Basri (kanan) bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus (tengah) berbual dengan Rohani Ahmad di Batu 7, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak,  semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sebanyak 30 laporan diterima di daerah Hilir Perak daripada individu yang enggan menerima suntikan vaksinasi Covid-19 sejak Januari hingga November lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan yang dibuat itu membabitkan individu pelbagai latar belakang termasuk dalam kalangan penjawat awam.

“Alasan mereka menolak vaksin adalah bimbang keselamatan diri terutama implikasi daripada suntikan berkenaan. 

“Kita hanya menerima laporan dan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya selepas menyertai warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak membersihkan rumah warga emas kudung kaki, Rohani Ahmad, 67, yang terjejas banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya