SHAH ALAM: Tular satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan terdapat dua kematian terbaharu di Taman Sri Muda, Seksyen 24 di sini, hari ini.
Mesej tersebut memaklumkan seorang lelaki warga emas dan kanak kanak perempuan ditemukan lemas di Jalan Semangat 25/8.
Tiada maklumat jelas berkenaan dengan penemuan tersebut, bagaimanapun ia diambil maklum Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang memberitahu sedang ke lokasi untuk sahkan maklumat berkenaan.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan setakat semalam sebanyak 21 kematian dilaporkan melibatkan bencana banjir di kawasan terjejas seperti Shah Alam, Klang, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
Jumlah berkenaan adalah berdasarkan laporan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor. – UTUSAN ONLINE