Polis ambil keterangan pelakon pecah masuk rumah bekas isteri - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan pelakon pecah masuk rumah bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memecah masuk rumah milik bekas isterinya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arshad Kamaruruddin berkata, tindakan untuk mengambil keterangan dari semua individu terlibat juga akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, bekas isteri pelakon popular itu membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan bekas suaminya dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor pada Sabtu lalu.

Wanita itu menerusi Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.

Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.

Wanita itu memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya