PM umum cuti kecemasan kakitangan awam terkesan banjir - Utusan Malaysia

PM umum cuti kecemasan kakitangan awam terkesan banjir

KEADAAN banjir di Seksyen 20 di Shah Alam.- UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Perdana Menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Menurut beliau, untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

“Kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing (berapa lama cuti itu). Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya