PM minta sistem penyampaian amaran banjir ditambah baik - Utusan Malaysia

PM minta sistem penyampaian amaran banjir ditambah baik

ISMAIL Sabri Yaakob mendengar taklimat daripada Zaini Ujang mengenai sistem ramalan dan amaran banjir ketika melakukan lawatan kerja ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Ampang. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta sistem penyampaian amaran banjir ditambah baik supaya maklumat disalurkan itu lebih efisien dan komprehensif.

Ketua Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, Perdana Menteri mahu sistem amaran penyampaian lebih menyeluruh dan tidak sekadar maklumat sistem pesanan ringkas (SMS) semata-mata.

Jelasnya, penyampaian itu perlu dibuat secara komprehensif agar rakyat lebih waspada dengan situasi sebenar banjir di kawasan berhampiran.

“Perdana Menteri minta pihak kementerian agar ditambah baik sistem penyampaian agar tidak sekadar kiriman SMS tetapi melalui video dan real time supaya rakyat lebih mengetahui situasi sebenar banjir.

“Berbanding sekarang, masing-masing kita menerima SMS tetapi ada yang pihak tidak ambil mudah. Jadi kaedah ini ditambahbaik agar rakyat lebih waspada tentang situasi sebenar berlaku di samping melakukan persiapan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jalan Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri hadir mendengar taklimat berhubung situasi banjir yang dihadapi di seluruh negara.

Menurut Zaini, penambahbaikan itu dijangka melibatkan pelbagai pihak dan agensi kerajaan agar sistem penyampaian lebih padat dan menyeluruh.

“Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membabitkan aspek penambahbaikan ini.

“Bukan sahaja SMS, tetapi bakal membabitkan paparan CCTV dan maklumat real time,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya