PM lawat mangsa banjir di Mentakab - Utusan Malaysia

PM lawat mangsa banjir di Mentakab

SEORANG mangsa banjir menunjukkan gambar rumahnya yang dilanda banjir kepada Ismail Sabri Yaakob ketika Perdana Menteri melawat PPS SJKC)Mentakab di Mentakab, Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab di sini, hari ini.

Perdana Menteri tiba pada pukul 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam berbual serta bertanya khabar dengan mangsa. 

Beliau turut diberi taklimat tentang situasi banjir di daerah itu. 

Terdapat 938 mangsa daripada 336 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan berikutan banjir di kawasan rumah mereka belum surut.. 

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan,  Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri.

Kejadian banjir di Mentakab kali ini disifatkan sebagai terburuk mengulangi tragedi banjir besar 1971 apabila bandar Mentakab ditenggelami air. 

Banjir kali ini juga disifatkan sebagai luar biasa hingga banyak rumah penduduk ‘hilang’ ditenggelami air. 

Ketika banjir besar 2014 hanya kampung-kampung berhampiran ditenggelami air namun kali ini bandar itu turut dilimpahi air seperti lautan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya