PM bertemu 19 ADUN UMNO Melaka - Utusan Malaysia

PM bertemu 19 ADUN UMNO Melaka

ISMAIL Sabri Yaakob selesai mengadakan pertemuan dengan 19 ADUN UMNO Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan semua 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka daripada UMNO di kediaman Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 6 petang turut disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Pertemuan tertutup itu berlangsung hampir dua jam bermula kira-kira pukul 5 petang, kemudian disusuli kedatangan Perdana Menteri selepas itu.

Sumber memberitahu, pertemuan tersebut adalah berkaitan amanat Presiden UMNO yang mahukan setiap ADUN yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan lalu, dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

“Ahmad Zahid turut berpesan kepada semua ADUN agar jangan sombong dan tidak bongkak selepas dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat,” kata sumber itu.

Turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut mengenai peruntukan yang bakal diterima oleh kesemua ADUN daripada Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menunaikan solat Maghrib dan selepas itu dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kira-kira pukul 9 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya