Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka kepada lalu lintas - Utusan Malaysia

Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka kepada lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS maklumkan Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelanggan lebuh rayanya.

Berikutan paras air banjir yang telah surut, pihak PLUS segera menjalankan kerja-kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak disebabkan oleh air banjir.

“Laluan yang terjejas kini telah dibuka secara berperingkat. Namun, kami menasihati para pelanggan untuk tetap berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada di beberapa bahagian jalan yang masih ditakungi air banjir,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan.

Katanya, PLUS bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, serta semua agensi-agensi lain dan orang perseorangan yang terlibat dalam misi menyelamat dan memindahkan pelanggan lebuh raya yang terkandas, terutamanya mereka yang telah memberikan kerjasama demi memastikan
operasi menyelamat berjalan lancar.

“Kesabaran mereka telah membantu memastikan keselamatan serta keselesaan semua kekal menjadi keutamaan PLUS.

“Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan untuk menyemak status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my dan platfom media sosial termasuk Facebook PLUS Malaysia dan Twitter PLUSTrafik serta PLUS App,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya