PKR kecewa, terkilan PRN Sarawak - Utusan Malaysia

PKR kecewa, terkilan PRN Sarawak

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekali gus gagal untuk meningkatkan nasib dan kualiti hidup rakyat negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menghormati keputusan rakyat Sarawak yang dibuat melalui proses demokrasi pilihan raya itu. 

“PKR merasa kecewa kerana kegagalan memenangi sebarang kerusi daripada 28 yang kami tanding.

“Namun, kita mesti menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Sarawak meskipun kita rasa seperti ironinya kerana saya yang berpeluang ke kawasan pedalaman, kita melihat kehidupan yang tiada bekalan air bersih dan tidak ada bekalan elektrik berpuluh tahun, malah melihat keadaan jalan masuk yang hanya menggunakan laluan lori kayu balak, melihat kotornya sungai akibat aktiviti-aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal.

“Jadi apa pun sementara kita terkilan nasib dan kualiti hidup rakyat Sarawak di kawasan pedalaman, tetapi mereka sudah membuat keputusan, jadi kita hormat keputusan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

PKR sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di 28 kerusi berbanding 47 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 itu.

Bagaimanapun, PRN kali ini menyaksikan parti itu gagal memperoleh sebarang kerusi di pilihan raya yang berlangsung pada semalam.

Menurut Saifuddin, pihaknya juga akan segera kembali ke drawing board untuk mengkaji faktor-faktor prestasi sedemikian rupa dalam pilihan raya itu.

“Adakah ia berkaitan dengan calon, jentera atau isu-isu yang kami sampaikan itu tidak tepat, tidak mengena atau tidak sesuai, jadi kami akan lihat semua sekali faktor dalaman serta luaran.

“Daripada situ baru kami bangun semula dan akan terus memantapkan sebagai sebuah parti politik pelbagai kaum termasuk di Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memperoleh kemenangan besar untuk kembali memegang mandat selama lima tahun,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya