Pindaan RUU MA63 catat sejarah baharu - Utusan Malaysia

Pindaan RUU MA63 catat sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan majoriti lebih dua pertiga pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mencatat sejarah baharu. 

Ismail Sabri berkata,  ia juga membuktikan bukti semangat kesatuan dalam perbezaan dengan berharap Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak mendapat manfaat serta kebaikannya.

“Dengan izin Allah SWT, usul pindaan Perlembagaan berkenaan definisi negeri dalam Persekutuan membabitkan Sabah dan Sarawak berkaitan MA63 sudah mendapat kelulusan penyokong kerajaan dan pembangkang yang hadir di Dewan Rakyat.

“Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan sokongan terhadap usul ini,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah serta Sarawak apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya